Sunday, July 20, 2008

pantun teka teki buat korang cemua

belayar perahu dari Berandan,
menuju arah Selat Melaka,
lebar kepala dari badan,
apakah itu cubalah teka.
:ikan pari

diukur dijangka-jangka,
burung merak burung angkasa,
dengar tuan saya meneka,
layang-layang gagah perkasa.
:kapal terbang

buah cermai didalam lubang,
tepung digaul minyak sapi,
anaknya ramai ibunya seorang,
bila digesel barapi-api.
:mancis

buah budi bedara mengkal,
masak sebiji di tepi pantai,
hilang budi bicara akal,
buah apa tidak bertangkai.
:buah hati/buah melaka

1 comment:

Izzati Husna Sabri said...

x jdi teka teki, la cm2.. ade jwapn..